top of page

syarat-syarat keahlian

Keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:

 

   Ahli Biasa

 

  1. Terdiri daripada semua warganegara Malaysia yang merupakan bekas pelajar di Institut Teknologi MARA atau Universiti Teknologi MARA di Negeri Perak;

  2. Bersetuju mematuhi syarat-syarat keahlian serta perlembagaan Pertubuhan ini; dan

  3. Bertanggungjawab menjaga dan menaikkan nama Pertubuhan dengan:

 

  • Menghadiri semua mesyuarat agung Pertubuhan;

  • Mengundi dalam semua perkara dalam mesyuarat Pertubuhan;

  • Memegang sebarang jawatan yang telah ditetapkan dalam Jawatankuasa dan mesyuarat agung Pertubuhan; dan

  • Menyertai dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang diadakan.

 

   Ahli Bersekutu

​​

  1. Terbuka kepada mana-mana kakitangan sepenuh masa yang berkhidmat dengan UiTM Cawangan Perak sahaja. Bagi kakitangan yang tidak lagi bekerja di UiTM Cawangan Perak secara automatik gugur dari menjadi ahli bersekutu;

  2.  Telah dipersetujui oleh Jawatankuasa

  3. Mematuhi syarat-syarat keahlian dan sanggup menerima serta mematuhi perlembagaan Pertubuhan ini: dan

  4. Bertanggungjawab menjaga dan menaikkan nama Pertubuhan ini.

  5. Ahli Seumur Hidup

  6. Terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran seumur hidup.

  7. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.  Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

  8. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

Ingin menjadi ahli? Daftar sekarang! 

bottom of page